Friday, November 5, 2010

SeJuTa CaRA Nak HAppy?? seNang je..... =' O '=


Bismillahirrahmanirrahim...

hehe... dah tentulah aku tengah mode HAPPY skang ni kan.. sebab tu terciptanya entry semacam ini.. hehe..

Pernah tak korang rase SEBU sebab happy? kadang tu tanpa sebab pun (atau korang tak sedar korang happy sebab ape) haha!! (^_^) err.. ke.. aku sorang je selalu cam ni....

Ingat ye kawan2 bila kita gembira... sebutlah Alhamdulillah... sebab kita happy, Allah yang bagi.. Kadang tu, aku akan menangis sebab terlalu gembira..Thank you Allah...

Sementelah aku tengah bercerita pasal happy.. aku nak jugak kongsi cara2 macam mane boleh jadi INSAN HAPPY...

antaranya ialah:-

  1. Korang kena senyum dan ketawa SELALU... well mmg la obvious menipu sket kan.. ialah, mane leh tipu perasaan sendiri kalau betul2 tgh sedih... tapi cuba korang bayangkan... if you keep smiling n laughing, people will smile and laugh back at you... which is, akan ter'transfer'la cas2 POSITIF dan kita akan jadi ceria dan POSITIF jugak kan kan kan?
  2. Buat sesuatu yang korang suka... macam gi jenjalan, jumpa kawan2, window shopping, tengok wayang ke, gi pantai ke... melukis ke... buat la ape2 yang mungkin akan menimbulkan keseronokkan... It can be a small n simple-simple things but who knows... it can make you happy and keep your POSITIVE charge...
  3. Memasak lah!!! tak kira kau lelaki ke perempuan ke... try la do some cooking.. especially untuk sesorang... masak untuk diri sendiri tak best.. tapi try la masak untuk org lain.. untuk mak ke, adik ke... kawan2 ke.. serious weyh... leh jadi happy. Cube tgk mak kite, seorang mak dia akan memasak untuk keluarganya dengan penuh rasa kasih sayang... dan akan seronok bile tgk hasil masakannya di makan sehingga licin.. tgk lah muka mak mesti Glowing2 Bling2 tgk kita makan berselera... Tapi whatever pun try la.. mmg boleh happy... (jangan lupa setiap kali masak baca selawat... insya'Allah masakan jadi sedap dan diberkati hehe)
  4. Selain masak, korang boleh try mengemas.... wow "haven" kot bila tengok tempat korang kemas... cuba la organize barang2 dalam rumah in different way plak... letak bunga,hiasan2 lain ke... mmg happy la lepas tuh...
  5. Cuba korang tengok manusia di sekeliling korang... tengok sambil berfikir kejadian Allah... Allah menciptakan kita differently... kita ade rupa yg berbeza, perangai yang berbeza, ketinggian (erk sensitif nih) yang berbeza... malah semua tentang diri kita berbeza dengan yang lain.... Perhatikan... dan You;ll see LOVE in them... Love from Allah... Subahanallah... aku paling suka tengok manusia... sebab akan jadi insaf akan kelemahan kita... dan dalam masa yang sama IANYA sesuata yang sangat FUN!! it'll definitely make u smile...
  6. Ha taknak tengok orang pun takpe... korang tengok pokok2.. gunung ganang, bukit bukau, burung berterbangan, anak sungai yang mengalir.... ohhhh... ni mmg best... semua ni boleh buat kita happy... jadi always connect urself with the surroundings... cuz the happiness is in everything!! we have to go to find it.
  7. Membaca!! yes this is another GOOD WAY to keep urself  as a positive person... With reading, you'll learn new things..  A LOT of new things!! seronok... aku banyak belajar dari membaca.. dan the BEST PART is when you can share the knowledge with others... LAGI BEST dan menyeronokkan...
  8. ZIKRULLAH!!! adelah cara yang turun temurun leh membuatkan seseorang itu selalu ceria kerana kita dapat cas2 positif directly from Allah S.W.T wah ni tiada tara kehebatannya.. YOU'VE GOT TO TRY THIS... and must DO IT PERSISTENTLY.. Istiqamah... 
  9. BERBUAL... my suggestion, berbuallah perkara2 yang baik2 dan akan memberi manfaat kepada anda, jgan borak "sok sek sok sek" plak... tau tak "sok sek sok sek"  tu ape... well..lebih kurang cam ko mengumpat n cakap pasal hal lagha... ianya bukan sahaja tak baik, tapi akan mengundang kesedihan yang berpanjangan..tak caye gi lah try... haha...(jgn kate aku suroh plak) Berbual tentang kejadian ciptaan Allah, pastu tentang pengalaman, kerjaya, dan berbagai lagi... ni pun stu perkara yang menseronokkna bagi aku...
  10. Blogging,or generally surfing the Internet pun ade la sesuatu yang menseronokkan juga...ianya adelah tempat meluahkan pendapat dan rasa.. haha. definitely macam aku buat... Mncari2 bahan bacaan di Internet, gambar2, video... semua yang boleh melepaskan tension..Tapi jangan cari mende yang bukan2 dah ler...
  11.  
     Ha ini baru10 perkara je... sebenarnye banyak lagi perkara.. INFACT, sebenarnye ade SEJUTA cara nak happy.. mungkin lebih dari sejuta...
    Aku banyak kali jumpa orang yang selalu terperangkap dalam kesedihan...dan akhirnya dapat penyakit KEMURUNGAN (<--SILA KLIK DI SINI ADE INFO PENTING)
    bukan anda sahaja yang pernah bersedih... aku pun pernah.. aku manusia biasa ade ketika sedih juga.. tapi aki fikir2 klu hari2 sedih ape aku dapat.. Hidup mesti diteruskan klu nak lebih maju...Orang yg tak nak maju je suka benamkan diri mereka dalam kesedihan lame2... dan tak bagi peluang untuk diri kita happy...

No comments:

Post a Comment

me & u